Buat Blog

with 1 Comment

1. Memilih syarikat penjual Hosting

Perkara pertama yang anda harus buat adalah memilih syarikat yang menyediakan khidmat menjual server hosting.

Hosting adalah simpanan data tentang blog/website anda dan boleh di access dari World Wide Web (www). Dalam bahasa pemahaman kita dikenali adalah sebagai stor pengkalan data dan boleh di access dari semua kawasan pelusuk dunia selagi ada internet.

Syarikat penyedia hosting menyediakan ruang untuk kepunyaan sendiri ataupun disewa kepada pelangan.

Contohnya:-

Saya menyimpan data dan reka website dari Johor Bahru, Malaysia. Selesai membuat pemindahan di stor pengkalan, Takumura sahabat saya di Tokyo, Japan mendapati laman tersebuat harus di ubah suai dengan memasukan sedikit data pembetulan, jadinya Takumura boleh mengases ke stor pengkalan data dan mengubah suai dengan gembira tanpa ada masalah…

Operasi Hosting terdapat 2 jenis iaitu:-

a.Linux

b.Window

Di sini saya akan bercerita lebih lanjut berkenaan Linux Hosting, kenapa saya memilih linux…?

Sekiranya saya bercerita tentang kelebihan dan kekurangan ke dua-dua hosting ini e-book ini akan bertambah 8 helai muka surat lagi…

Apa yang saya recommend adalah Linux, jangan memeningkan kepala kenapa dan kenapa, apa dan mengapa…

2. Membeli belah nama Domain

Di dalam Malaysia, syarikat yang bertanggungjawab untuk mengelola domain adalah Mynic. Mereka akan mengawal selia segala data dari pemilik domain tersebut.
Apa saja nama yang di daftarkan pada Domain Name System (DNS) adalah domain name. Pemilik nama domain mempunyai authority untuk mengawal selia dalam www, maksudnya anda boleh berbuat apa saja terhadap nama domain anda…

p/s: jangan buat sesuatu perkara yang dilarang undang-undang Allah SWT…

Nama domain mewakili IP address (internet protocol)

Ishh…macam pening jew!

Ok mcm ni…dalam bahasa melayunye…

Nama anda (domain name)
Alamat rumah (IP address)

Faham ke faham?

Jadi pemilihan nama domain berakhir dengan pemilihan…

.com

.net

.biz

.info

.asia

.my

.com.my

.gov

 

 

 

 

Jika perniagaan anda adalah menjual tart nenas, nama penghujung domain yang sesuai adalah:

.com

.com.my

Harga setiap domain tersebut adalah berbeza dan dibayar setahun sekali. Pilihan yang sesuai mengikut jenis perniagaan yang di lakukan contohnya:-Yang mana melibatkan .my semua nak kena ada syarikat yang berdaftar dengan SSM (suruhanjaya syarikat malaysia), kecuali gov.my

Setelah nama domain anda telah diluluskan, bermula la kewujudan syarikat ataupun diri anda di alam maya yang luas tanpa batasan dan yang paling penting 24 jam sehari selama seminggu, 365 hari setahun tanpa henti… wow menarik kan?

Jika perniagaan anda berkenaan dengan pusat tuisyen ataupun pusat pembelajaran:

.edu.my

Jika perniagaan anda adalah berbentuk informasi:

.info

Dan lain-lain lagi

Di Malaysia banyak syarikat yang menyediakan khidmat Hosting dan Domain dari yang biasa-biasa sehingalah luar biasa harganya. Kita sebagai pengguna mestilah bijak untuk memilih yang terbaik dan mengikut kesesuain perniagaan kita

Syarikat Hosting di Malaysia:-

  1. Mesra Hosting
  2. Exabyte
  3. Web Hosting
  4. Shinjiru
  5. Dan lain-lain (sila tanya pakcik google)
Contoh Server

Server

Server Hosting

 

Memilih alamat laman blog/web secara efektif

Semakin mudah dan unik nama laman web kita, semakin mudah pelanggan kita akan mengingatinya sebagai contoh di sini

www.msaa.com.my

www.masanergy.com

www.crps.com.my

www.azuandyaradi.com

www.tv3.com.my

www.maybank2u.com

www.celcom.com

Lagi pendek lagi bagus…

Itu yang selalu saya bagi tahu kepada sesiapa yang ingin memilih nama untuk laman web mereka.

Selain dari itu juga kedudukan laman web tersebut dalam enjin pencarian juga memainkan perananan penting untuk memastikan kedudukan alamat kita berada di muka hadapan carian enjin tersebut.

Contohnya:-

Jika anda taip keyword safety equipment malaysia ataupun safety equipment Johor di dalam enjin carian En Google laman web www.msaa.com.my akan berada di kedudukan teratas di muka hadapan carian enjin tersebut.

Ini melibatkan Meta Tags, ianya memainkan peranan penting sesuatu laman web dalam enjin pencarian, dalam bahasa pembelajaran dipanggil Search Engine Optimiser (SEO).

Ada sesetengah syarikat membina laman web menyediakan khidmat SEO ini dan bayarannya juga mencecah ribuan ringgit untuk menentukan kedudukan dan nama yang sesuai untuk laman web tersebut.

Sampai ke hari ini, apa yang saya lakukan untuk memilih nama syarikat perniagaan bergantung kepada kekosongan nama domain.

Contohnya:-

MSAA SOLUTIONS (M) SDN BHD

www.msaa.com.my

MASANERGY SDN BHD

www.masanergy.com

CRPS CATERING

www.crps.com.my

AL ABSYAR RESOURCES

www.azuandyaradi.com

AZUANDY ONLINE RESOURCES

www.azuandyaradi.com

3. Mengakses CPanel

Selepas pembayaran telah di lakukan, pihak hosting akan emel kepada anda berkenaan username dan password untuk mengakses ke cpanel. Di dalam cpanel terdapat beberapa aplikasi yang boleh diguna pakai untuk membangunkan laman web

Di sini saya akan menceritakan bagaimana mengunakan rvsitebuilder. What you see is what you get (wysiwyg). Aplikasi ini adalah mudah dan senang difahami oleh setiap pengguna yang menggunakannya.

4. Mengakses RVsitebuilder

Satu perisian yang mesra pelangan dan mengunakan konsep apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat. Pihak rvsitebuilder ada menyediakan 1200++ free template untuk digunakan…

Hanya perlu pilih mengikut kesesuaian jenis perniagaan anda, dan apa yang telah di naik taraf sekarang adalah platform untuk mobile site.

Terdapat 4 langkah di dalam rvsitebuilder

Langkah 1 –> Cipta projek

Langkah 2 –> Pilih template & theme

Langkah 3 –> Reka laman default untuk kesemua laman

Langkah 4 –> Cipta nama laman di dalam default laman

5. Install WordPress

Selain dari RVsite Builder anda juga boleh mengunakan CMS platform contohnya Worpress dan amat sesuai digunakan untuk buat blog dan ianya user friendly.

Anda perlu memuat turun terlebih dahulu ke dalam nama domain anda bagi membolehkan anda mengakses ke paparan utama wordpress

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk mengunakan wordpress sila type di you tube tentang totorial bagaimana untuk mengunakan worpress 🙂

6. Publish

Setelah selesai mencipta kesemua muka laman beserta nama muka, anda boleh publish kan projek anda ke nama domain anda (public html). Setelah beberapa minit laman web anda sudahpun berada di dalam dunia online.

Selamat Mencuba…

 

Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...